Sahabat.. ^^

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku semasa aku hidup mahupun sesudah mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku berasa senang, semakin banyak sahabat, aku semakin percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang sejati yang tak luntur dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku akan setia padanya.." (Imam Shafi'e)


Sahabatku, moga ALLAH meredhai ukhwah persahabatan kita & moga ALLAH akan mempertemukan kita di syurga nanti.. ^_^

credit to: Rozeeda

Ingatkan aku..

Tegur aku jika aku mulai sombong..
Tegur aku jika aku mulai angkuh..
Tegur aku jika aku mulai salah..
Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu hari ini, esok dan selamanya..

Allah, terlalu banyak kesalahan yang aku lakukan. Kau kurniakanlah sahabat-sahabat yang dapat membimbingku untuk sama-sama merebut syurgaMU Ya Allah. Amin.. Inni uhibbuhunna fillah (^_^)


credit to: Rozeeda

Solve the equation ^_^

Please help me solve this in linear form..

2eu = sin 90 + (5v+u)(2e+1) - 5v


credit to: lajnah multimedia m9 ^_^

Awas!

Setiap kebebasan dunia itu perlu ada padanya batasan. Silap langkah, kebebasan itu akan menjadi pintu gerbang SYAITAN untuk menghancurkan kita..


credit to: Rozeeda

Wanita

"Wanita ibarat epal.. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah.. tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.. susah dipetik susah digapai.. terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.. sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.. mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat.. biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.."

Lagu entri~ UNIC- Atas Nama Cinta


credit to: Aimilea

Ayatul Quran

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya."

~Moga umur yang masih diberikan ALLAH dipenuhi dengan kebaikan dan ketaatan padaNYA~


salam jumaah mubarakah!
credit to: Rozeeda

Sayang sahabat kerana ALLAH

Ya ALLAH, jagalah sahabatku di kala penjagaanku tidak sampai padanya,
sayangi dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia di kala suka, duka, dan selamanya,
bantulah dia mencari redhaMU tanpa mengira keadaannya..

ukhwah fillah abadan abada..
inni uhibbuki fillah ^_^


credit to: Rozeeda

Air mata yang mengalir..

Pada suatu hari, Khalifah Umar bin Abdul Aziz memberi nasihat kepada Abu Jaudi Harits bin Umair rahimahumallah, : "Wahai Abu Jaudi, peliharalah air mata yang mengalir di pipimu untuk ALLAH".

-hati seorang mujahid, menangis dan ketawa..ingatannya kepada ALLAH..


credit to: Rozeeda

Diuji untuk lebih dekat denganNYA ^^

Bila KEKUATAN yang dipohon, ALLAH beri RINTANGAN untuk dihadapi..

Bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon, ALLAH beri MASALAH untuk diselesaikan..

Bila KASIH ALLAH yang dipohon, ALLAH beri DUGAAN untuk dihadapi..

dan setiap yang dipohon pasti DIUJI supaya lebih dekat denganNYA.. ^^



credit to: wawa

Hidup ini perjuangan (",)

Imam Ahmad Bin Hanbal:

"Hidup ini adalah keyakinan & perjuangan dan perjuangan mukmin yang sejati takkan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga".

-Salam Imtihan-
credit to: Najwa (kwn Hanun)