Tidak kita sedari..


11/5/2015
Tarikh ini saya bentang tugasan (assignment) bagi subjek Dakwah & Masyarakat Majmuk. Tajuk tugasan kami adalah "Dakwah Orang Asli di Malaysia".

Membaca tesis berkaitan dengan tajuk ini, ada beberapa persoalan yang terbit di fikiran saya. Persoalan-persoalan tersebut tidak saya temukan jawapannya...

Dalam perjalanan saya ke perhentian bas, saya berjumpa Nani. Saya tanya pada Nani, "Nani, awak tahu tak tentang kehidupan Orang Asli?" Jawapan yang Nani berikan mengejutkan saya, "Salah seorang ahli keluarga saya adalah Orang Asli". Lalu segala persoalan yang bersarang di pemikiran saya, saya bertanya padanya. Alhamdulillah :)

Sebelum kami berpisah, kata-kata Nani menyentak hati saya. Saya simpulkan kata-kata itu mengikut acuan saya;

"Pertemuan kita pada waktu ini adalah dengan izin dan kehendak Allah. Saya (penulis) mempunyai banyak soalan yang tidak terjawab tetapi, Allah temukan saya dengan Nani, pada waktu sebelum pembentangan, dan saya dapat bertanya soalan tersebut kepadanya. Kita kadang mengganggap apa yang berlaku dalam hidup kita - biasa-biasa sahaja - terlupa untuk berfikir akan takdir Allah. Terlupa untuk berfikir, bahawa Allah aturkan pertemuan ini, Allah atur apa yang berlaku. Bersyukur kepada Allah dan ingatilah Ia setiap masa." =)

I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah- 1) Perbuatan manusia dicipta oleh Allah. 2) Perbuatan manusia itu diusahakan/dipilih oleh manusia.

Wallahua'lam.