Uhibbuka fillah! ^^

Anas r.a. berkata: Ada seorang duduk di sisi Nabi s.a.w, mendadak ada seorang berjalan, maka orang itu berkata: Ya Rasulullah, saya kasih sungguh pada orang itu. Nabi bertanya: Apakah sudah kau beritahu padanya bahawa kau kasih cinta padanya? Jawabnya: Belum. Bersabda Nabi s.a.w: Beritahulah dia. Maka dikejarnya dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya saya cinta kepadamu kerana ALLAH. Jawabnya: Semoga ALLAH kasih kepadamu sebagaimana kau cinta kepadaku kerana ALLAH. (HR Abu Dawud)

uhibbuki fillah :)
credit to: syafiqah azhar

Wallahua'lam.

Wahai diri..

"Wahai diri..
Jangan jadi dai'e yang malang,
yang hanya tahu berdakwah,
tetapi tidak melaksanakan..

Jangan jadi 'abid yang tertipu,
terasa banyak sudah amalan
tetapi tidak sedar pahala itu hak ALLAH..

Jangan jadi 'alim yang bodoh,
disangka ilmu telah banyak
tetapi tiada yang terkesan di jiwa..

Jangan jadi mujahid yang tersilap,
disangka perjuangannya yang terbaik
tetapi ternyata Islam tak memerlukannya,
tetapi sebenarnya dia yang memerlukan Islam..

Salam juang,
wahai Mujahid, dai'e, 'abid, 'alim.."



credit to: kak Aisyah Muslan
* 'abid-orang yang banyak beribadah, 'alim-orang yang banyak ilmu, dai'e-orang yang berdakwah, mujahid-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Hargai sahabat

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari SAHABAT,
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan SAHABAT yang telah dicari.
(Saidina Ali)


credit to: alang Mardhiah
nota kaki: ana tidak pasti jika kata-kata ini adalah daripada saidina ali namun, kita boleh ambil ibrah (pengajaran) daripadanya =) kena kaji..