Kau hadiah buatku (^_^)


Hadiah yang berharga dari Tuhan kepada hambaNYA adalah apabila Dia mengurniakan kita insan-insan yang hatinya berkehendak kepada Tuhan.. Insan-insan inilah yang akan bersama-sama meniti denai kehidupan.. yang akan berjalan seiringan, saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran, saling menjana iman dan kekuatan, setiap gerak tindakan senantiasa menyedarkan erti hidup bertuhan, dan insan-insan ini hatinya rindu pada kebenaran dalam mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha Tuhan..

Moga sentiasa diredhai ALLAH.. :)
sender: Syifa' Razi

Di dalam hatimu..


"Sesungguhnya di dalam hati ada 1 koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan dengan bertemu ALLAH.
Di hatimu juga ada 1 kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama ALLAH.
Di hatimu juga ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali ALLAH.
Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada ALLAH.
Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadam dengan redha kepada ALLAH".
(ibnu Qayyim)


sender: Fatin Nabila

Gerak kerja Islam


Bila hati cintakan ISLAM, seluruh jiwa & perasaan diserahkan hanya pada ALLAH, masa menjadi terlalu singkat kerana gerak kerja ISLAM terlalu banyak, andai sekali terasa lemah, ubatlah jiwa dengan lapangkan dada, tenangkanlah hati dengan zikir pada-NYA. Cukuplah ALLAH sebagai penolong kita semua dalam perjuangan.. Jangan lari dari jalan jihad  ALLAH.. Selangkah kita lari dari jalan-NYA, seribu langkah ALLAH lari dari kita.. Kadangkala hati kita diuji iman kita diuji.. Dan ianya bergantung kepada kita untuk kita lebih dekat denganNYA atau sebaliknya.. TAPI hakikatnya, ia adalah peluang untuk kita lebih MENGENALI PENCIPTA KITA.

Salam sayang dari ana (^_^)

sender: Fadzlina

Love letters


We said: My sins are so many
Allah said: "And who can forgive sins except Allah" (3:135)

We said: Don't leave me
Allah said: "So remember me, I'll remember you" (2:152)

We said: I'm facing many difficulties in life
Allah said: "And whoever fears Allah? He will make for him a way out" (65:2)

We said: I've many dreams that I want to come true
Allah said: "Call upon Me, I'll respond to you" (40:60)

He who has nothing has Allah, he who has Allah has everything :)

sender: Syafiqah Hanas

Jaga hati


Salam 'Alaik.

Akhawat majmuah 9, apabila rasa sakit diuji, dekatkanlah hatimu kepada Pencipta; bila gembira kunjung ke jendela hati, janganlah dengan mudah hati terleka.. Sesungguhnya hati adalah objek yang harus dijaga rapi.. sebelum anasir negatif menyusul dan menyelinap ke dalam hati tanpa kita sedari..

~salam rindu dari hati_lajnah disiplin & kebajikan m9 =)

Langkah proses tarbiyah


Wahai diri yang bergelar dai'e..

Subur hidupmu dibajai tarbiyyah.. Tarbiyah itu menuntut proses dan pengembangan. Antara langkah-langkah melalui proses tarbiyah:

1) Kosong dan hapuskan rawasib (karat-karat) jahiliyah dalam diri..
2) Digantikan dengan nilai-nilai Islam yang tertinggi
3) Perlu sentiasa mengukuhkan, menjaga dan memelihara hingga mencapai kesempurnaan..

Quote 1


"Melamar Cinta & kasih di syurga bumi, moga dipertemukan ke syurga yang kekal abadi..Amin"

.:Mukmin dan Ujian:.


'Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari ALLAH, tanda kasih sayangNYA, jua penghapus dosa'.. & kata seorang saudaraku: 'bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang lewat tiba.'

Kudoa ALLAH sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya, & mengurniakan kejayaan dunia & akhirat. Satu sahaja hasratku, ingin ke SYURGA bersamamu, saudara-saudaraku fillah..'

~salam rindu.. Uhibbuki fillah abadan abada, insyaALLAH (",) Sobahul khair :)
sender: Fadzlina Aziz

Doa


Wahai ALLAH berilah kemudahan atas kesusahanku dan ampuniku kerana melupakanMu.. (amalkan doa ini =))

sender: Hanun