Hati yang hidup
Hati yang sentiasa hidup ternanti-nanti peluang melakukan kebaikan dan merasa resah gelisah apabila melakukan kemaksiatan.
Hati-hati dengan hati yang mati.Tidak terasa mahu lakukan kebaikan apatah lagi tidak ada rasa berdosa bergelumang dalam kemaksiatan.
Jangan dilihat kecil atau besar maksiat yg dilakukan..namun lihatlah dengan siapa yang engkau sedang berhadapan.
(QS 41:46)
-Pesanan buat diri..Salam Sayyidul Ayyam-
From: Liana (via facebook)
Kamu ^^,
Kamu adalah roh baru yang mengalir di dalam tubuh manusia & ia akan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang bersinar, yang menyingkap tabir kegelapan materialisma & menggantikannya dengan makrifatullah. Kamu adalah suara yang menggema tinggi & sentiasa menyenandungkan dakwah Rasulullah SAW. [Imam Hasan al-Banna]
Syukur =)
Syukur letaknya di hati, tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedari dengan rela. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya "buta mata hati" sebab dia tidak dapat melihat nikmat yang melimpah di hadapan mata sendiri. Manusia mudah mengaku di lidah tetapi amal akan menyerlahkan apa yang ada di dalam hati. Jagalah hati kita kerana hati itulah tempat letaknya hidayah, iman, taufiq dan taqwa...
"Bukan nikmat yang tidak cukup, tetapi syukur yang tidak cukup".
Subscribe to:
Posts (Atom)