Dosa
Dosa. Sesuatu yang pastinya buruk dan tak disukai serta dibenci Allah.
Dosa. Suatu yang dicintai syaitan dan mahu nafsu turut mencintai.
Dosa. Akan tompokkan kehitaman dalam hati kita. Akibatnya kebenaran tidak dapat dilihat. Yang ada hanyalah kebatilan.
Bagaimana kita memandang dosa?
Adakah seperti gunung menghempap kita atau kita hanya tepisnya seperti lalat hinggap di hidung?
Sama-samalah kita muhasabah diri.
sender: Farah Aina
pautan lain: KISAH
Insaf
Hakikatnya kesenangan ini manusia mudah lupakan. Nikmat yang ada ibarat sekadar mengutip tepi jalan. Berhati-hatilah, kerana semuanya tak berkekalan. Hingga bila susah baru ingat Tuhan. Kelak merana diri dan masa depan. Insaflah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun jua Maha Penyayang.
sender: K. Kerohanian
Tujuan bukan kebetulan
Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insha Allah hidup akan lebih terisi dan bererti.
Dalam sunyi ada muhasabah.
Dalam ramai ada ukhuwwah.
Dalam sedih ada tarbiyah.
Dalam ceria ada mahabbah.
-ust. Pahrol
sender: Nadia
Perjuangan, sabar dan solat
Syed Qutb: "Dalam tiap perjuangan itu ada masa meningkat & ada masa menurun. KEGAGALAN itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah & KEMENANGAN itu bermula apabila kita merasai tidak kalah".
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
(Ali-'Imran: ayat 159)
Jika ada sesuatu menghalang fokus, berhenti sebentar, berdoa & mohon pertolongan dari Allah.
"Hai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah: ayat 153)
Ada hikmah di sebalik tiap peristiwa. Mudah-mudahan inilah tarbiyah dariNYA.
sender: Fadzlina
Meminta dan memberi
"Manusia benci jika harta miliknya diminta-minta,
tetapi Allah suka jika hambaNYA meminta-minta kepadaNYA"
-Ketika kita takut MEMBERI,
kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah PEMBERIAN-
:) Salam Juma'at.
Jom banyakkan selawat ^_^
sender: Khalilah
Tazkirah hari ini
Jangan rasa diri kita tak penting.
Kita semua penting.
Kerana kita bawa nama Islam.
Kalau kita rosak, orang akan kata Islam itu rosak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
