Insaf


Hakikatnya kesenangan ini manusia mudah lupakan. Nikmat yang ada ibarat sekadar mengutip tepi jalan. Berhati-hatilah, kerana semuanya tak berkekalan. Hingga bila susah baru ingat Tuhan. Kelak merana diri dan masa depan. Insaflah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun jua Maha Penyayang.

sender: K. Kerohanian

Tujuan bukan kebetulan


Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insha Allah hidup akan lebih terisi dan bererti.

Dalam sunyi ada muhasabah.
Dalam ramai ada ukhuwwah.
Dalam sedih ada tarbiyah.
Dalam ceria ada mahabbah.
-ust. Pahrol

sender: Nadia

Perjuangan, sabar dan solat


Syed Qutb: "Dalam tiap perjuangan itu ada masa meningkat & ada masa menurun. KEGAGALAN itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah & KEMENANGAN itu bermula apabila kita merasai tidak kalah".
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ 
(Ali-'Imran: ayat 159)


Jika ada sesuatu menghalang fokus, berhenti sebentar, berdoa & mohon pertolongan dari Allah.

"Hai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah: ayat 153)


Ada hikmah di sebalik tiap peristiwa. Mudah-mudahan inilah tarbiyah dariNYA.

sender: Fadzlina

Meminta dan memberi


"Manusia benci jika harta miliknya diminta-minta,
tetapi Allah suka jika hambaNYA meminta-minta kepadaNYA"

-Ketika kita takut MEMBERI,
kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah PEMBERIAN-

:) Salam Juma'at.
Jom banyakkan selawat ^_^

sender: Khalilah

Tazkirah hari ini


Jangan rasa diri kita tak penting.
Kita semua penting.
Kerana kita bawa nama Islam.

Kalau kita rosak, orang akan kata Islam itu rosak.

Ucapan Raya (2)


.!.  c*  .!.
*   l.l  _E_  l.l  *
.l.l_(''''''')_l.l
.:-l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:.:.:.:-l:.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM
"semoga Allah terima (amalan) dari kami dan dari kamu"


buatmu yang bernama 'sahabatku' ^^ beribu kemaafan atas segala kesalahan dan kekurangan pada diri ini..

moga dalam rahmat-NYA,
dari: ~f@dhil@h & keluarga~

sender: Fadhilah APIDS