Semangat!

In ISLAM, there's NO word for HANDS UP,
there's NO word for SURRENDER,
there're ONLY TWO things:
"WIN as a MUJAHID"
or
"DIE as a SYAHID".


credit to: liana, sumayyah dan rozeeda.

Hati amanah ALLAH

"Kita ada 1 sahaja HATI,
jika gembira, hati itulah,
jika bertaqwa, hati itulah,
jika beriman, hati yang 1 itu juga.
Jika bercinta, hati itu juga.
Jika terluka, hati yang 1 itu.

Terlalu SATU untuk banyak perkara.
Maka, jagalah hatimu
dan pandulah hati menuju cahaya iman, tawaddhu' & bersih dari noda hitam."


credit to: rozeeda
p/s: tawaddhu' - rendah hati/tundukkan hati hanya pada ALLAH ^^

Santai..

Jadikanlah yang tebal itu iman...

yang nipis itu lidah...

yang tajam itu akal...

yang lembut itu hati...

yang ringan itu solat...

yang halus itu suara...

DAN

yang manis itu... SENYUMAN


credit to: asma zakiah
p/s: ...yang ringan itu solat.. bermaksud, kita jadikan solat kita tidak terasa berat dengan KHUSYUK (Al-Baqarah : ayat 45-46)
halus dalam bersuara, adalah berkata dengan kata-kata yang baik dan lemah-lembut, bukan melenggokkan suara (bagi perempuan) kepada yang bukan mahram.

Tazkirah

Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam!

Apabila dirimu telah disenaraikan dalam sof perjuangan,
maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum,
sahsiah mesti ditingkatkan,
akhlak mesti berbeza,
fikrah mesti semakin jelas,
daya fikir mesti semakin matang,
nilai ucapan dan kata-kata biarlah berharga,
pandangan mestilah bernas,
kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi,
tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh,
sumbangan mestilah bertambah,
muhasabah diri sendiri jangan dialpakan.. =)


credit to: ukht atul

Ukhwah menuju ALLAH

"Buat kesayanganku..
Walau dirimu nun jauh di mata,
walau jarak memisahkan kita,
namun hati ini merinduimu.

Menantikan tiap hadirnya pertemuan kita bersama.
Ketawa bersama, sedih bersama.
Walau mentari tak selalu bersinar,
tetapi kita kan tetap bersama mencorak pelangi cinta dalam lakaran redha Ilahi."


Salam rindu buat sahabat2ku pejuang agama ALLAH.
~uhibbuki fillah~
credit to: fadzlina aziz

Ringkas..

Tasbihlah tanda CINTAmu kepada ALLAH SWT..
Selawatlah tanda KASIHmu pada NABI MUHAMMAD SAW..
& istighfarlah tanda SAYANGmu pada DIRIMU SENDIRI..


~Salam sayang dari along =)
credit to: along habibah

Jalan dakwah

"Selangkah kita dalam perjuangan,
selamanya kita hidup dalam keperitan;
namun usahlah pernah dalam dirimu mahu futur dari jalan ini
kerana di sinilah medan kita mengetuk syurga Ilahi,
kadang-kadang kita akan rasa lemah
dengan dugaan yang acapkali menimpa..
tetapi berpeganglah dengan kata-kata ini..

"Ma fi qalbi ghairullah"
Penguatmu hanyalah ALLAH,
jadilah dirimu milik ALLAH..

Salam pembaharuan,
teroboskan pemikiran
dan marakkan pentajdidan!


credit to: angah aisyah & fadzlina

ALLAH dan dakwah

Ingatlah ALLAH dalam hatimu, nescaya tiada duka untukmu..
Ingatlah ALLAH dalam hatimu, nescaya musibah dunia tiada buatmu..
Kelmarin ALLAH membantumu..
Percayalah, hari ini & selamanya ALLAH tetap akan membantumu..

Jadilah hamba yang paling bahagia di sisiNYA..
Berdoalah agar dipilih ALLAH untuk berada di jalan dakwah yang benar..
Moga ALLAH adalah tujuanmu,
Rasulullah adalah teladanmu,
Al-Quran adalah pedomanmu,
Jihad fi sabilillah menjadi jalan juangmu..
Mati di jalanNYA adalah cita-citamu yang tertinggi..

Salam tarbiyah!..
Salam ukhuwah!.. =)


credit to: dk siti rasyidah

Ilmu,iman dan taqwa

Bila ilmu dikuasai..
Terhubunglah akal dan hati..
Bersatu dunia dan ukhrawi di dalam diri..
Iman itu suria menyuluh di minda..
Dan takwa itu purnama menghiasi jiwa..
Tiada kedua-duanya..
Maka akan gelaplah dunia..


lajnah multimedia
credit to: asma zakiah

ALLAH Tuhanku

Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH setia di sisimu..
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, ALLAH ada penyelesaiannya..
Bila tiada yang bererti buatmu, lalu kau keliru dan kecewa;
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA!! ^_^


may ALLAH bless you always n forever!!!
credit to: saidah husna

Jalan dakwah

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah..
Andai perjuangan menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya..

Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya, sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak terhingga..

Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNYA..


credit to: akmal zakiah

Sahabat mahbubah

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu,
yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain adalah kerana ALLAH..

Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti,
yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini,

Aku ingin sahabatku selalu faham,
aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku..

Jadi wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
maafkan tiap khilafku,
mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tetapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi,
dalam payah dan senangmu,
kerana persahabatan kita tertaut demi cinta-NYA.


~Salam sayang ukht habibati =)
credit to: angah aisyah

Suka dan duka

"Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada 'kesukaan', tetapi juga selesa dengan 'kesakitan'.. Jadi senyumlah wahai sahibahku, walau suka walau duka. Kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyyah dari ALLAH buat hamba-NYA yang dikasihi."

Moga ALLAH redha..

credit to: syafiqah azhar

Lailah saidah

Alaskan kepalamu dengan bantal kejujuran,
Rebahkan dirimu di atas tilam keikhlasan,
Selimutkan tubuhmu dengan selimut kesabaran,
Moga lenamu dalam keimanan.

credit to: nur syafawani

Sahabat ^^,

"Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya
tidak diukur dengan kerapnya bersua,
bukan dengan hangatnya rindu,
tidak dengan manisnya cinta,
bukan kerana selalu bersama..

tetapi dinilai sebanyak mana nama sahabatnya meniti di bibirnya
di saat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri.." (",)

credit to: Fadzlina Aziz

Mencari redha-NYA..

"Selangkah berjalan mencari keredhaan Tuhan,
akan dihalang dengan berbagai ujian, godaan, gangguan dan tentangan.
Inilah janji & sunnah perjuangan.

Tika begini, selayaknya menangis dan mengadulah pada-NYA.
Tegarlah pada prinsip,
biar rebah jangan berubah, terus berjuang walau terbuang."

credit to: ukhti Syakirah Hani

Rindu..

Aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku,
berkongsi masalah denganku,
berselisih pendapat denganku
dan meniup semangat kepadaku..

Ku mohon padaMU Ya ALLAH..
KAU kuatkanlah tautan antara hati-hati kami kerana hati ini yang sentiasa menjadikan rindu padaMU tumbuh dalam perjuangan islam..
~Ukhuwah Fillah Abadan Abada~

credit to: Saidah Husna

Pilihan ALLAH pilihanku..

Di depan selalu ada 2 cabang:

Halal & haram
Syukur & kufur
Redha & ingkar
Menguatkan & mengalah
Sabar & marah
Mengkaji & bertaqlid
Berusaha & berdalih

Ohh! Selamat memilih..

credit to: syafiqah azhar