Aku selalu ingin sahabatku itu tahu,
yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain adalah kerana ALLAH..
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti,
yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini,
Aku ingin sahabatku selalu faham,
aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku..
Jadi wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
maafkan tiap khilafku,
mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tetapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi,
dalam payah dan senangmu,
kerana persahabatan kita tertaut demi cinta-NYA.
~Salam sayang ukht habibati =)
credit to: angah aisyah
No comments:
Post a Comment