Jalan dakwah

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah..
Andai perjuangan menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya..

Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya, sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak terhingga..

Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNYA..


credit to: akmal zakiah

Sahabat mahbubah

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu,
yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain adalah kerana ALLAH..

Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti,
yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini,

Aku ingin sahabatku selalu faham,
aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku..

Jadi wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
maafkan tiap khilafku,
mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tetapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi,
dalam payah dan senangmu,
kerana persahabatan kita tertaut demi cinta-NYA.


~Salam sayang ukht habibati =)
credit to: angah aisyah

Suka dan duka

"Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada 'kesukaan', tetapi juga selesa dengan 'kesakitan'.. Jadi senyumlah wahai sahibahku, walau suka walau duka. Kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyyah dari ALLAH buat hamba-NYA yang dikasihi."

Moga ALLAH redha..

credit to: syafiqah azhar

Lailah saidah

Alaskan kepalamu dengan bantal kejujuran,
Rebahkan dirimu di atas tilam keikhlasan,
Selimutkan tubuhmu dengan selimut kesabaran,
Moga lenamu dalam keimanan.

credit to: nur syafawani

Sahabat ^^,

"Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya
tidak diukur dengan kerapnya bersua,
bukan dengan hangatnya rindu,
tidak dengan manisnya cinta,
bukan kerana selalu bersama..

tetapi dinilai sebanyak mana nama sahabatnya meniti di bibirnya
di saat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya sendiri.." (",)

credit to: Fadzlina Aziz

Mencari redha-NYA..

"Selangkah berjalan mencari keredhaan Tuhan,
akan dihalang dengan berbagai ujian, godaan, gangguan dan tentangan.
Inilah janji & sunnah perjuangan.

Tika begini, selayaknya menangis dan mengadulah pada-NYA.
Tegarlah pada prinsip,
biar rebah jangan berubah, terus berjuang walau terbuang."

credit to: ukhti Syakirah Hani

Rindu..

Aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku,
berkongsi masalah denganku,
berselisih pendapat denganku
dan meniup semangat kepadaku..

Ku mohon padaMU Ya ALLAH..
KAU kuatkanlah tautan antara hati-hati kami kerana hati ini yang sentiasa menjadikan rindu padaMU tumbuh dalam perjuangan islam..
~Ukhuwah Fillah Abadan Abada~

credit to: Saidah Husna

Pilihan ALLAH pilihanku..

Di depan selalu ada 2 cabang:

Halal & haram
Syukur & kufur
Redha & ingkar
Menguatkan & mengalah
Sabar & marah
Mengkaji & bertaqlid
Berusaha & berdalih

Ohh! Selamat memilih..

credit to: syafiqah azhar