Realiti hidup memang tak seindah yang diimpi,
lantaran jalan ini terlalu berliku,
perlukan kesabaran dan keteguhan yang jitu,
kau harus hayati hakikat itu.
Suburkan berbaik sangka agar hatimu tenang,
supaya dirimu makin kuat,
bukan dirundung kelemahan dan seterusnya berputus asa.
Perbaharui iman setiap ketika,
selalulah ingat janji-NYA.
Sesungguhnya keredhaan & syurga menunggu di sana.
Biar hidup dipenuhi derita,
dihujani kepayahan,
kerana itulah mahar untuk ke syurga yang indah..
cerdit to: Rozeeda