Membaca al-Quran


Membaca al-Quran/ mengaji.

Al-Quran adalah mukjizat Allah kepada Rasulullah, yang masih kekal hingga ke hari ini. Ia menjadi panduan hidup kepada kita, yakni umat Islam, begitu juga halnya dengan Hadith.

Wahai diri, didiklah ia agar membaca al-Quran selalu. Sebaiknya setiap hari, tetapi untuk peringkat awal untuk membiasakan diri, latihlah ia secara berperingkat-peringkat, seperti seminggu 3 kali, atau 2 hari sekali; sehari satu muka surat, atau 2 hari satu muka surat.. Mungkin lebih mudah, tetapkan hari dan masa yang berkemungkinan kita boleh membacanya :)

Membaca al-Quran walau tanpa memahami maksudnya, memberi ketenangan jiwa. 80% daripada isi kandungan al-Quran adalah dalam bentuk kisah (penceritaan). Memahami maksud dan huraian ayat, mulailah langkah dengan memahami maksud bacaan dalam solat, atau surah-surah pendek sebagai contoh ^_^

Selain itu, al-Quran sebagai panduan hidup kerana ia adalah wahyu dari Allah. Perintah solat fardhu yang wajib, galakan sedekah yang hukumnya sunat, larangan membazir, berbuat baik kepada ibu bapa, larangan mengumpat misalannya. Begitu juga hal lain yang disebut, diperkukuh dan lain-lain oleh Hadith, panduan kedua umat Islam.

Inilah antara amalan sunat yang boleh diamalkan, serta al-Quran dan hadith berperanan sebagai asas bagi prinsip hidup kita di dunia dan di akhirat (",)



Antara tanda-tanda kekuasaan Allah =)

No comments: