Sahabat,uhibbukum fillah! =)

Ya ALLAH, kiranya RasulMU hidup bersahabat kurniakan jua aku sahabat..
tetapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMU seperti kebenaran As-Siddiq..
biarlah sahabat-sahabat dari sifat tegasMU menegur kesilapanku seperti tegasnya Umar..
biarlah sahabat-sahabat dari sifat kelembutanMU seperti lembutnya Uthman..
biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMU seperti Ali..

Ya ALLAH, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..
mungkin padanya ada segala yang tidak pernah aku selami..
mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini..
tetapi, jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,
KAU ampunkanlah dosaku..
dan KAU kurniakanlah kegembiraan,kesihatan dan kemudahan kepada sahabatku ini di dunia dan di akhirat..


sender: Fadzlina Aziz

.:renungan:.

"Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya. Tiada abid yang ma'sum tanpa dosa, apalagi bila berjiwa pemuda. Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan..tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa, tetapi tak mustahil esok kita pula rebah tak berdaya. Kuatkan hati wahai saudaraku."


sender: kak Atul

.:tadabbur al-Quran:.

Buat peringatan bersama:

"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka sedang mereka dalam keadaan lalai dan berpaling.. Tidak datang kepada mereka satu ayat Al-Quran pun yang baru dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main. Hati mereka dalam keadaan lalai..." (al-Anbiyaa': ayat 1-3)

jom kita ubat hati :D
sender: Afiqah Matnor

.:mutiara kata:.

"Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak,
gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar,
berkhidmat pada harta adalah hina,
dan beramal pada ALLAH adalah kemuliaan."
(mutiara kata)


sender: Fatin Nabila =)

Friendship's Bonding ^_^

Mula-mula 1st time kenal kita langsung INSOLUBLE antara 1 sama lain..
CHEMICAL BONDING tu susah nak dicipta..
Tetapi, bila dah lama-lama kita lalui EXPERIMENT, kita plus minus semua SOLVENT dalam SOLUTION,
akhirnya CHEMISTRY antara kita pun tercipta..
Malah sekuat HYDROGEN BONDING IN WATER..
Tetapi, 1 sahaja..
Semoga kita tetap SOLUBLE sampai bila-bila;
takkan terlerai dek BOILING,
bahkan lebih rapat dengan FREEZING...
Esok lusa kita jumpa lagi kalau PHYSICAL dan BIOLOGY kita masih sempurna..
INSYALLAH..
Thank you because willing to increase our SOLUBILITY in this FRIENDSHIP'S BONDING.. =)


uhibbuki fillah :)
sender: Fadzlina Aziz

Pertolongan Allah (=

"Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok, kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah & pertolonganNya juga akan bersama kita esok.."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..dan jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu dan menetapkan kedudukan kamu.

BITTAUFIQ WANNAJAH!
sender: kak Hasimah Chik

p/s: mesej ini membuatkan saya teringat beberapa kalam cinta ALLAH (=


Al-Baqarah : ayat 186


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ketulusan hatimu..

Betapa kasihnya aku padamu teman bukanlah kerana anugerah rupamu yang cantik, kerana ku tahu ia akan hilang darimu. Tetapi kasihnya aku padamu adalah kerana ketulusan hatimu, hati yang sentiasa takutkan TUHANNYA, hati yang selalu mendamba redhaNYA.. Itulah yang membuatkan kau teman yang sentiasa di ingatanku, yang sangat diharap kasihnya..walaupun jasad berjauhan, hati kita tetap sehaluan.

sender: Basmah

Lagu entri ~ Seiring Sehaluan

7 huruf

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan...
Dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati...
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa..sayang, kasih & kasihan...
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan..berkenalan, berteman, berkawan & bersama
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, teman baik selalu di sisi...
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai dan mengingati...
Dalam 6 perkataan itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT".. :D

sender: wawa

Sirami ukhwah dengan cinta

Jika buah kepada puasa adalah taqwa, maka buah kepada ukhuwah adalah rahmat.. Ukhuwah tanpa hubungan cinta & kasih sayang yang mendalam hanyalah ukhuwah yang rapuh. Tanpa cinta, pasti tidak akan wujud sikap berlapang dada antara manusia. Cinta kerana Allah akan membuatkan hubungan menjadi berharga.. Sama-sama kita buka hijab di hati kita dengan kunci CINTA. Jom kita bercinta kerana Allah.. ^_^

sayang semua kerana Allah..
sender: Asma Zakiah

Sampaikan padanya..

Angin..jika kau berhembus lembut melaluinya..katakan padanya..aku teman dia selamanya..

Air..jika kau mengalir di sisinya..beritahulah padanya aku memohon maaf atas segalanya..

Burung..jika kau terbang melintasinya..sampaikan kataku ini kepadanya.. "Kita dipertemukan atas kisah persaudaraan..kita dipisahkan kerana batas waktu seharian.. Namun ukhuwah kita subur berpanjangan..malah dirimu tidak pernahku tinggalkan..meski kita jarang bersua..tapi doa yang aku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam 1 jambangan..malah harumannya tersebar untuk insan bernama teman.. semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan"


sender: Fadzlina Aziz