Pertolongan Allah (=

"Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok, kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah & pertolonganNya juga akan bersama kita esok.."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..dan jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu dan menetapkan kedudukan kamu.

BITTAUFIQ WANNAJAH!
sender: kak Hasimah Chik

p/s: mesej ini membuatkan saya teringat beberapa kalam cinta ALLAH (=


Al-Baqarah : ayat 186


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

No comments: