Du'a from friend =')


Assalam :D
"ALLAH did not promise that life would be easy, but he did promise to go with you in every step on your life, may ALLAH bless always wherever you go my dear.. amin.

Love u :)
Sender: Sakinah Adami

(Al-Mulk: 2)


Kau hadiah buatku (^_^)


Hadiah yang berharga dari Tuhan kepada hambaNYA adalah apabila Dia mengurniakan kita insan-insan yang hatinya berkehendak kepada Tuhan.. Insan-insan inilah yang akan bersama-sama meniti denai kehidupan.. yang akan berjalan seiringan, saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran, saling menjana iman dan kekuatan, setiap gerak tindakan senantiasa menyedarkan erti hidup bertuhan, dan insan-insan ini hatinya rindu pada kebenaran dalam mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha Tuhan..

Moga sentiasa diredhai ALLAH.. :)
sender: Syifa' Razi

Di dalam hatimu..


"Sesungguhnya di dalam hati ada 1 koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan dengan bertemu ALLAH.
Di hatimu juga ada 1 kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama ALLAH.
Di hatimu juga ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali ALLAH.
Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada ALLAH.
Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadam dengan redha kepada ALLAH".
(ibnu Qayyim)


sender: Fatin Nabila

Gerak kerja Islam


Bila hati cintakan ISLAM, seluruh jiwa & perasaan diserahkan hanya pada ALLAH, masa menjadi terlalu singkat kerana gerak kerja ISLAM terlalu banyak, andai sekali terasa lemah, ubatlah jiwa dengan lapangkan dada, tenangkanlah hati dengan zikir pada-NYA. Cukuplah ALLAH sebagai penolong kita semua dalam perjuangan.. Jangan lari dari jalan jihad  ALLAH.. Selangkah kita lari dari jalan-NYA, seribu langkah ALLAH lari dari kita.. Kadangkala hati kita diuji iman kita diuji.. Dan ianya bergantung kepada kita untuk kita lebih dekat denganNYA atau sebaliknya.. TAPI hakikatnya, ia adalah peluang untuk kita lebih MENGENALI PENCIPTA KITA.

Salam sayang dari ana (^_^)

sender: Fadzlina

Love letters


We said: My sins are so many
Allah said: "And who can forgive sins except Allah" (3:135)

We said: Don't leave me
Allah said: "So remember me, I'll remember you" (2:152)

We said: I'm facing many difficulties in life
Allah said: "And whoever fears Allah? He will make for him a way out" (65:2)

We said: I've many dreams that I want to come true
Allah said: "Call upon Me, I'll respond to you" (40:60)

He who has nothing has Allah, he who has Allah has everything :)

sender: Syafiqah Hanas

Jaga hati


Salam 'Alaik.

Akhawat majmuah 9, apabila rasa sakit diuji, dekatkanlah hatimu kepada Pencipta; bila gembira kunjung ke jendela hati, janganlah dengan mudah hati terleka.. Sesungguhnya hati adalah objek yang harus dijaga rapi.. sebelum anasir negatif menyusul dan menyelinap ke dalam hati tanpa kita sedari..

~salam rindu dari hati_lajnah disiplin & kebajikan m9 =)

Langkah proses tarbiyah


Wahai diri yang bergelar dai'e..

Subur hidupmu dibajai tarbiyyah.. Tarbiyah itu menuntut proses dan pengembangan. Antara langkah-langkah melalui proses tarbiyah:

1) Kosong dan hapuskan rawasib (karat-karat) jahiliyah dalam diri..
2) Digantikan dengan nilai-nilai Islam yang tertinggi
3) Perlu sentiasa mengukuhkan, menjaga dan memelihara hingga mencapai kesempurnaan..

Quote 1


"Melamar Cinta & kasih di syurga bumi, moga dipertemukan ke syurga yang kekal abadi..Amin"

.:Mukmin dan Ujian:.


'Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya ujian sebagai TARBIAH dari ALLAH, tanda kasih sayangNYA, jua penghapus dosa'.. & kata seorang saudaraku: 'bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang lewat tiba.'

Kudoa ALLAH sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya, & mengurniakan kejayaan dunia & akhirat. Satu sahaja hasratku, ingin ke SYURGA bersamamu, saudara-saudaraku fillah..'

~salam rindu.. Uhibbuki fillah abadan abada, insyaALLAH (",) Sobahul khair :)
sender: Fadzlina Aziz

Doa


Wahai ALLAH berilah kemudahan atas kesusahanku dan ampuniku kerana melupakanMu.. (amalkan doa ini =))

sender: Hanun

Faithful friend


Whenever ALLAH want a muslim to be granted rewards, HE will reward him a faithful friend. When he forget, the friend reminds him. When he remember, that friend helps him. Valuing relationship is not merely by having fun together. Whats more importants is HOW WE REMIND EACH OTHER. May ALLAH bless us. (n_n)

Salam ingatan.
sender: Amalina APIDS

Teman dan Agama


"Aku perlukan teman yang akan bersama-sama membangun diri, memperjuang agama & memartabatkan ummah dengan penuh hammasah.. kerana aku tahu, hammasahnya yang membara sentiasa menghangatkan diriku yang kian membeku.. kerana aku tahu perjuangan yang satu itulah yang membawa kepada saat kelak kita bertemu.. moga kerananya kelak kita dipertemukan.. dari kejauhan daku mendoakan dirimu akan terus setia & thabat pada jalan berliku ini, INSYA-ALLAH.. sesungguhnya aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.. jika hilang agamamu, maka hilanglah jua cintaku padamu.." >Imam an-Nawawi

~syukran for being my sahibah :) uhibbuki fillah~

sender: Fatin Nabila92

Secebis renungan bersama,,


Yusuf Qardawi berkata:

Serahkan dirimu sepenuh hati kepada-NYA, maka ALLAH akan beri kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan, kecukupan sebagai ganti kemiskinan..

~Moga dalam rahmatNYA :) insyaALLAH sama-sama berusaha mewaqafkan diri untuk ISLAM :) Ayuh kita sama-sama melangkah, kuatkan pergantungan padaNYA, sama-sama kita saling menguatkan, moga jangan ada yang tercicir di tengah pelayaran.. Ikatan aqidah antara kita lebih kuat daripada segalanya :) miss u so much ^_^

sender: Syifa' 92

Bagaimana mencintai ALLAH?


Salam Mahabbah.

"Katakanlah (Wahai Muhammad), 'Jika memang kamu cinta kepada ALLAH, maka ikutilah aku (Muhammad) pasti ALLAH menyintaimu dan Dia akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." (Surah Ali-'Imran: 31)

Sahabat-sahabatku yang dirahmati ALLAH;
Seringkali kita menyatakan cinta hakiki itu adalah Ilahi. Tetapi persoalannya, bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan cinta itu? Maka ayat ini diturunkan untuk menjawab persoalan itu. Ikutilah sunnah,cara Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam dalam setiap aspek kehidupan kita =)

sender: kak atul

Cinta ALLAH & Rasul


Bertakwalah kamu kepada ALLAH, ingatlah ALLAH dalam dirimu nescaya kamu akan diingati ALLAH dan dirahmatiNYA..
Banyakkan berselawat kepada Baginda Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam.. kerana tidak sempurna cinta ALLAH jika tidak diikuti cinta junjungan mulia..

~cukuplah ALLAH sebagai penolong kita~

-link tazkirah-

persahabatan =)


Jam XkAN BhenTi bdETik sLAgi BaTeri XhABis..
SaMALah jgAk speRTI PErhuBuNgaN kITa...
SeLAgi ALLAH XamBIK NYawa iNi sLAgi iTuLAH PErhuBuNgaN nie aKAN BTerUsan..

sender: ciro

Renungi sebiji cawan..


"Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu & agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia",

salam ukhwah,
sender: Basmah

.:nilai ukhwah:.


"Tak kira sekuntum bunga itu harum atau tidak, tumbuhnya tetap di tanah.
begitu juga bulan, tidak kira apa bentuknya, tempatnya tetap di langit,
dan begitu juga perhubungan kita tidak kira jauh atau dekat, jumpa atau tidak, tempatnya tetap di dalam hati.."
Sesungguhnya nilai ukhuwwah lebih bermakna dari segalanya..(",)

Salam ingatan :)
sender: Khairul Khalilah

.:sahabat lama:.


SAHABAT bukan 1 tetapi BERIBU,
bukan sementara tetapi SELAMANYA,
bukan untuk dimusuhi tetapi DISAYANGI,
bukan untuk dilupai tetapi DIINGATI,
bukan hanya di sini tetapi DI MANA-MANA,
bukan setakat ini tetapi HINGGA HUJUNG NYAWA..

Salam sayang buat awak yang dicintai kerana Allah :)
sender: Syafiqah Hanas

Ucapan Ramadhan (5)

Kian berlabuh tirai Syaaban,
kian terbuka gerbang Ramadhan.
Sambutlah salamnya dengan penuh keinsafan.
Maafkan segala kesalahan moga amalan diberkati Tuhan.
SELAMAT MELALUI GERBANG KESUCIAN RAMADHAN..
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

sender: Afifah Ghazali

'Tiada nama secantik "Allah"
'Tiada umat sebaik "Muhammad"
'Tiada agama seindah "Islam"
'Tiada muzik seirama "Beduk"
'Tiada suara lagu semerdu "Azan"
'Tiada novel sehebat "Al-Quran"
'Tiada diet yang mujarab selain "Puasa"
'Tiada bulan yang mulia selain "Ramadhan"
"Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini"

Selamat Berbuka Puasa :)
sender: Sakinah Adami

Ucapan Ramadhan (4)

Salam Ramadhan kareem, jom capai kunci kepada ketaqwaan dalam kelangsungan ketaatan dalam ibadah untuk 11 bulan mendatang, salam mujahadah dan ahlan ila university of tarbiyah =)

sender: Fatimah Hanun

Salam.. Selamat menyambut Ramadhan Mubarak :) minta maaf kalau ada salah silap.. moga ALLAH pertemukan kita dengan malam lailatulqadr :)

sender: Afiqah Matnor

Selamat sahur dan puasa semua.. Semoga Ramadhan kali ini bermula dengan baik.. :D Minta maaf juga salah silap selama ini.. :)

sender: Deena Khaleeda

Ucapan Ramadhan (3)

Salam Ramadhan al-Mubarak. Moga menjadi Ramadhan yang bermakna dan diberkati amalan kita semua.. Selamat bertarawih

sender: Amalina APIDS

Datangnya dicintai, perginya ditangisi,
selamat berpuasa, moga bulan ini penuh barakah buat kita semua,
maaf salah silap tutur kata sepanjang perkenalan
-ciro-

sender: Syahira

Salam Ramadhan :) moga Ramadhan kali ini menjadikan kita muslimah yang lebih baik :)

sender: Syafiqah Azhar

Ucapan Ramadhan (2)


Kemasukan baru ke universiti

Tarikh: 21 Julai 2012
Nama U: Universiti Ramadhan
Course wajib: Berpuasa
Course special: Terawih
Course tambahan: Baca al-Quran,zikir,sedekah,solat sunat..
Kelulusan: Ijazah Takwa
Konvo: 1 Syawal..

*extra- melanjutkan pelajaran ke peringkat Master
Course: Puasa enam..
JOM JOIN.!! :D

sender: Fadzlina Aziz

Ucapan Ramadhan (1)

Salam..selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah, bulan yang bermakna di setiap detik masanya.. Moga puasa, doa dan amalan kita diterima DIA sang PENCIPTA.. may ALLAH bless every single breath that we take.. salam Ramadhan =p

sender: wawa

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK! :)
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.. Jangan lepaskan peluang,, sama-sama la kita tingkatkan ibadah yok!

sender: Farah S.45

Selamat menjalani ibadah puasa & selamat menyambut bulan Ramadhan! Mohon maaf atas segala kesilapan, kesalahan yang mengguris hati.. Salam Ramadhan.. :)

sender: Nasuha

dakwah fi sabilillah..


Wahai diriku & dirimu bergelar pendakwah,apalah yang diharapkan dengan amal yang sedikit.
Hendak diharapkan pada solat,solat tidak khusyu'.
Hendak diharapkan pada puasa,puasa pada zahir sahaja.
Hendak diharap pada bicara,bicara banyak yang sia-sia.
Hendak diharap pada kerja,kerja sekadar untuk dunia.

Lantas wahai dai'e,berdoalah kepada ALLAH,agar ditetapkan hati & kaki kita atas perjuangan Islam.
Setiap langkah kaki di jalan ini menjadi pahala.
Setiap ucapan nasihat,beroleh ganjaran.
Moga-moga dapat menampung kekurangan pada amal yang sedikit itu.

kerana ALLAH..

"Sesungguhnya kita ini menjadi kuat dengan bantuan ALLAH,
dan tidak pernah akan menjadi lemah dengan pertolongan ALLAH.
Kita ini mulia kerana ALLAH,
dan tidak pernah akan hina kerana ALLAH.
Kaya kerana ALLAH,
dan tidak pernah akan jatuh miskin kerana ALLAH.." Hassan al-Banna
-maka jagailah ALLAH,nescaya ALLAH akan memelihara setiap urusan dan jalan hidup kita.. Berpegang teguhlah pada tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah..


salam mujahadah,semoga dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH yang berpanjangan :)
sender: Fadzlina Aziz

Wanita solehah..


"WaniTa yang solehah tersenyum dalam kesusahan,
mendapat kekuatan melalui doa,
menenangkan hati melalui istighfar,
dan mendidik diri dengan solat yang khusyu' :)

sender: Amalina Nadri

Sahabat,uhibbukum fillah! =)

Ya ALLAH, kiranya RasulMU hidup bersahabat kurniakan jua aku sahabat..
tetapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMU seperti kebenaran As-Siddiq..
biarlah sahabat-sahabat dari sifat tegasMU menegur kesilapanku seperti tegasnya Umar..
biarlah sahabat-sahabat dari sifat kelembutanMU seperti lembutnya Uthman..
biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMU seperti Ali..

Ya ALLAH, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..
mungkin padanya ada segala yang tidak pernah aku selami..
mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini..
tetapi, jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,
KAU ampunkanlah dosaku..
dan KAU kurniakanlah kegembiraan,kesihatan dan kemudahan kepada sahabatku ini di dunia dan di akhirat..


sender: Fadzlina Aziz

.:renungan:.

"Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya. Tiada abid yang ma'sum tanpa dosa, apalagi bila berjiwa pemuda. Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan..tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa, tetapi tak mustahil esok kita pula rebah tak berdaya. Kuatkan hati wahai saudaraku."


sender: kak Atul

.:tadabbur al-Quran:.

Buat peringatan bersama:

"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka sedang mereka dalam keadaan lalai dan berpaling.. Tidak datang kepada mereka satu ayat Al-Quran pun yang baru dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main. Hati mereka dalam keadaan lalai..." (al-Anbiyaa': ayat 1-3)

jom kita ubat hati :D
sender: Afiqah Matnor

.:mutiara kata:.

"Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak,
gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar,
berkhidmat pada harta adalah hina,
dan beramal pada ALLAH adalah kemuliaan."
(mutiara kata)


sender: Fatin Nabila =)

Friendship's Bonding ^_^

Mula-mula 1st time kenal kita langsung INSOLUBLE antara 1 sama lain..
CHEMICAL BONDING tu susah nak dicipta..
Tetapi, bila dah lama-lama kita lalui EXPERIMENT, kita plus minus semua SOLVENT dalam SOLUTION,
akhirnya CHEMISTRY antara kita pun tercipta..
Malah sekuat HYDROGEN BONDING IN WATER..
Tetapi, 1 sahaja..
Semoga kita tetap SOLUBLE sampai bila-bila;
takkan terlerai dek BOILING,
bahkan lebih rapat dengan FREEZING...
Esok lusa kita jumpa lagi kalau PHYSICAL dan BIOLOGY kita masih sempurna..
INSYALLAH..
Thank you because willing to increase our SOLUBILITY in this FRIENDSHIP'S BONDING.. =)


uhibbuki fillah :)
sender: Fadzlina Aziz

Pertolongan Allah (=

"Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok, kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah & pertolonganNya juga akan bersama kita esok.."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..dan jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu dan menetapkan kedudukan kamu.

BITTAUFIQ WANNAJAH!
sender: kak Hasimah Chik

p/s: mesej ini membuatkan saya teringat beberapa kalam cinta ALLAH (=


Al-Baqarah : ayat 186


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ketulusan hatimu..

Betapa kasihnya aku padamu teman bukanlah kerana anugerah rupamu yang cantik, kerana ku tahu ia akan hilang darimu. Tetapi kasihnya aku padamu adalah kerana ketulusan hatimu, hati yang sentiasa takutkan TUHANNYA, hati yang selalu mendamba redhaNYA.. Itulah yang membuatkan kau teman yang sentiasa di ingatanku, yang sangat diharap kasihnya..walaupun jasad berjauhan, hati kita tetap sehaluan.

sender: Basmah

Lagu entri ~ Seiring Sehaluan

7 huruf

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan...
Dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati...
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa..sayang, kasih & kasihan...
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan..berkenalan, berteman, berkawan & bersama
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, teman baik selalu di sisi...
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai dan mengingati...
Dalam 6 perkataan itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT".. :D

sender: wawa

Sirami ukhwah dengan cinta

Jika buah kepada puasa adalah taqwa, maka buah kepada ukhuwah adalah rahmat.. Ukhuwah tanpa hubungan cinta & kasih sayang yang mendalam hanyalah ukhuwah yang rapuh. Tanpa cinta, pasti tidak akan wujud sikap berlapang dada antara manusia. Cinta kerana Allah akan membuatkan hubungan menjadi berharga.. Sama-sama kita buka hijab di hati kita dengan kunci CINTA. Jom kita bercinta kerana Allah.. ^_^

sayang semua kerana Allah..
sender: Asma Zakiah

Sampaikan padanya..

Angin..jika kau berhembus lembut melaluinya..katakan padanya..aku teman dia selamanya..

Air..jika kau mengalir di sisinya..beritahulah padanya aku memohon maaf atas segalanya..

Burung..jika kau terbang melintasinya..sampaikan kataku ini kepadanya.. "Kita dipertemukan atas kisah persaudaraan..kita dipisahkan kerana batas waktu seharian.. Namun ukhuwah kita subur berpanjangan..malah dirimu tidak pernahku tinggalkan..meski kita jarang bersua..tapi doa yang aku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam 1 jambangan..malah harumannya tersebar untuk insan bernama teman.. semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan"


sender: Fadzlina Aziz

Mohon perlindungan ALLAH

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. [41:36]

salam sayangg rindu fillah! ;)
sender: Amalina Nadri

p/s: Surah ke-41 surah apa? ^_^

Jauh

jaUh aDaLAh rUaNG yG mEmiSaH,
jaUH mEmBuATkan 2 jiWa TErpiSah,
jAUh meNjaDiKaN hATi rESaH,
jAUh meLAhiRkan riNdU yanG xSUdaH,
nAMun keRana jAuH juGaLah uKHuwah kiTa bErTamBah iNdaH... (^_^)

sender: Izzati M10

Tunaikan amanah ALLAH

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka & ketawa.. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia; apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah. Walaupun SUKAR & PERIT, janji untuk menjadi hamba yang TAAT & mengurus dunia ini dengan keimanan harus diutamakan. Biar rebah tersungkur, biar luka berdarah, kita harus TERUSKAN!

salam perjuangan ^_^
sender: Fadzlina Aziz

X-ray hati

Saya telah menjalani x-ray hari ini dan mereka jumpa awak dalam hati saya.. Doktor cakap kalau keluarkan awak, saya akan mati sebab saya tidak boleh hidup tanpa kawan baik seperti awak. Berikan mesej ini kepada semua orang yang awak tak nak kehilangan. Apa pun, terima kasih sebab pernah buat saya senyum & ceriakan hidup saya. Terima kasih SAHABATku ^_^

sender: Sakinah Adami

Berkawan + mahabbah

(^u^) tersenyum di kala hikmah mutiara kata pahlawan agama menuntun jiwa ;

'Tiada baik mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi'
(saidina Ali r.a)

salam mahabbah ^_^
sender: Najwa (kwn Hanun)

Exam

*^_^* Good Luck for exam.. semoga kejayaan dalam ujian dunia turut membawa keberkatan dan kejayaan hingga ke akhirat jua.. salam kasih dan sayang.. *^_^*


credit to: sobiroh

Warkah dari sahabat

Warkah istimewa buat sahabatku tersayang..

Jangan kau berjalan di belakangku
kerana aku mungkin bukan seorang pemimpin yang baik..

Jangan pula berjalan di hadapanku
kerana aku mungkin bukan seorang pengikut yang setia,

Tetapi berjalanlah seiring denganku
kerana aku akan bisa menjadi teman yang baik..

Jika kesilapan semalam belum terampun..
Maafkanlah..

Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap..
Lupakanlah..

Jika kesilapan esok mendatang,
janganlah pula dibawa ke AKHIRAT..
Maafkan segala kesilapan saya..

Lupakan segala kegundahan,
mantapkan cinta pada yang hakiki..

InsyaALLAH ALLAH AKAN MEMBERI KITA KETENANGAN.
~Yakinlah~



credit to: syuhadiah

Uhibbuka fillah! ^^

Anas r.a. berkata: Ada seorang duduk di sisi Nabi s.a.w, mendadak ada seorang berjalan, maka orang itu berkata: Ya Rasulullah, saya kasih sungguh pada orang itu. Nabi bertanya: Apakah sudah kau beritahu padanya bahawa kau kasih cinta padanya? Jawabnya: Belum. Bersabda Nabi s.a.w: Beritahulah dia. Maka dikejarnya dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya saya cinta kepadamu kerana ALLAH. Jawabnya: Semoga ALLAH kasih kepadamu sebagaimana kau cinta kepadaku kerana ALLAH. (HR Abu Dawud)

uhibbuki fillah :)
credit to: syafiqah azhar

Wallahua'lam.

Wahai diri..

"Wahai diri..
Jangan jadi dai'e yang malang,
yang hanya tahu berdakwah,
tetapi tidak melaksanakan..

Jangan jadi 'abid yang tertipu,
terasa banyak sudah amalan
tetapi tidak sedar pahala itu hak ALLAH..

Jangan jadi 'alim yang bodoh,
disangka ilmu telah banyak
tetapi tiada yang terkesan di jiwa..

Jangan jadi mujahid yang tersilap,
disangka perjuangannya yang terbaik
tetapi ternyata Islam tak memerlukannya,
tetapi sebenarnya dia yang memerlukan Islam..

Salam juang,
wahai Mujahid, dai'e, 'abid, 'alim.."



credit to: kak Aisyah Muslan
* 'abid-orang yang banyak beribadah, 'alim-orang yang banyak ilmu, dai'e-orang yang berdakwah, mujahid-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Hargai sahabat

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari SAHABAT,
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan SAHABAT yang telah dicari.
(Saidina Ali)


credit to: alang Mardhiah
nota kaki: ana tidak pasti jika kata-kata ini adalah daripada saidina ali namun, kita boleh ambil ibrah (pengajaran) daripadanya =) kena kaji..

Diri bergelar pejuang

Dalam diari seorang pejuang,
tiada masalah yang tak merumitkan,
ujian yang tak melemahkan,
dugaan yang tak menyusahkan,
bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat..
Mereka tepu dengan dugaan..
Cuma sesekali air mata mengalir menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba..
Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA,
Sebagai tanda ingatan-NYA..
terus senyum walau payah dan susah diuji..
Jadilah mata rantai perjuangan yang suci ini..


salam sayang fillah :)
credit to: Syifa' 92 dan Khalilah

Puzzle ^^

Solve this puzzle:
(Letter before G) + (Between Q and S) + (sin 90) + (E log 10) + (unit of force) + (half moon) + (twin of 5) + (flag without lag) + (cos 90) + (centre of earth) + (image of 3) + (half of diamond) + (5th letter) + (P with 2 legs)

Good luck! Dah dapat jawapan reply.. (^_~)


credit to: Sakinah Adami

Persahabatan ini

Di jalan ALLAH persahabatan ini bukan milikku & bukan jua milikmu..
Persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia.
kerana DIAlah aku mengenalimu & kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama.
Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan KASIH SAYANG..
moga persahabatn ini berkekalan selamanya.


credit to: Rozeeda

Kalian permata islam!

KaLiaN aDaLaH PerMaTa IsLaM..
WaLAu di MaNA juA kaLiAn beRaDa,
seTiaP KeTIka,
jUnjunGLaH ISLam dgN seLurUH JiWa dan RagA,
saYanGI ia LeBIh dari seGALa-GALanya,
dan BerjuaNgLah unTuK-NYA..


credit to: Rozeeda

Di hari akhirat

Ya ALLAH, tatkala bahang MahsyarMU menjilat tubuh..
izinkan kami sama-sama berteduh..
tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana..
berkat kasih keranaMU semata..
andai ku layak ke syurga,
ku pinta dia bersama..


credit to: Rozeeda dan Basmah

Kehidupan dunia

Sahabatku,
Realiti hidup memang tak seindah yang diimpi,
lantaran jalan ini terlalu berliku,
perlukan kesabaran dan keteguhan yang jitu,
kau harus hayati hakikat itu.
Suburkan berbaik sangka agar hatimu tenang,
supaya dirimu makin kuat,
bukan dirundung kelemahan dan seterusnya berputus asa.
Perbaharui iman setiap ketika,
selalulah ingat janji-NYA.
Sesungguhnya keredhaan & syurga menunggu di sana.
Biar hidup dipenuhi derita,
dihujani kepayahan,
kerana itulah mahar untuk ke syurga yang indah..


cerdit to: Rozeeda

Kebaikan ^_^

Harta yang paling untung SABAR.
Teman yang paling akrab AMAL.
Pengawal yang paling waspada DIAM.
Bahasa yang paling indah SENYUM.
Orang yang paling manis..
Biasalah...

yang hantar sms ini..(^_~)


credit to: Rozeeda

True friend

A true friend is not always the one who stay by your side.. But they are the one who always stay in your heart.. Filled your thoughts.. At any time and any place.. Especially in their du'a..
Treasure them as you would a diamond.. Love then when they still around you.. Infront of you.. Make precious memories with them as long =)


credit to: Rozeeda

Sahabat.. ^^

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku semasa aku hidup mahupun sesudah mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku berasa senang, semakin banyak sahabat, aku semakin percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang sejati yang tak luntur dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku akan setia padanya.." (Imam Shafi'e)


Sahabatku, moga ALLAH meredhai ukhwah persahabatan kita & moga ALLAH akan mempertemukan kita di syurga nanti.. ^_^

credit to: Rozeeda

Ingatkan aku..

Tegur aku jika aku mulai sombong..
Tegur aku jika aku mulai angkuh..
Tegur aku jika aku mulai salah..
Kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu hari ini, esok dan selamanya..

Allah, terlalu banyak kesalahan yang aku lakukan. Kau kurniakanlah sahabat-sahabat yang dapat membimbingku untuk sama-sama merebut syurgaMU Ya Allah. Amin.. Inni uhibbuhunna fillah (^_^)


credit to: Rozeeda

Solve the equation ^_^

Please help me solve this in linear form..

2eu = sin 90 + (5v+u)(2e+1) - 5v


credit to: lajnah multimedia m9 ^_^

Awas!

Setiap kebebasan dunia itu perlu ada padanya batasan. Silap langkah, kebebasan itu akan menjadi pintu gerbang SYAITAN untuk menghancurkan kita..


credit to: Rozeeda

Wanita

"Wanita ibarat epal.. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah.. tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.. susah dipetik susah digapai.. terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.. sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.. mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat.. biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.."

Lagu entri~ UNIC- Atas Nama Cinta


credit to: Aimilea

Ayatul Quran

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya."

~Moga umur yang masih diberikan ALLAH dipenuhi dengan kebaikan dan ketaatan padaNYA~


salam jumaah mubarakah!
credit to: Rozeeda

Sayang sahabat kerana ALLAH

Ya ALLAH, jagalah sahabatku di kala penjagaanku tidak sampai padanya,
sayangi dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia di kala suka, duka, dan selamanya,
bantulah dia mencari redhaMU tanpa mengira keadaannya..

ukhwah fillah abadan abada..
inni uhibbuki fillah ^_^


credit to: Rozeeda

Air mata yang mengalir..

Pada suatu hari, Khalifah Umar bin Abdul Aziz memberi nasihat kepada Abu Jaudi Harits bin Umair rahimahumallah, : "Wahai Abu Jaudi, peliharalah air mata yang mengalir di pipimu untuk ALLAH".

-hati seorang mujahid, menangis dan ketawa..ingatannya kepada ALLAH..


credit to: Rozeeda

Diuji untuk lebih dekat denganNYA ^^

Bila KEKUATAN yang dipohon, ALLAH beri RINTANGAN untuk dihadapi..

Bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon, ALLAH beri MASALAH untuk diselesaikan..

Bila KASIH ALLAH yang dipohon, ALLAH beri DUGAAN untuk dihadapi..

dan setiap yang dipohon pasti DIUJI supaya lebih dekat denganNYA.. ^^



credit to: wawa

Hidup ini perjuangan (",)

Imam Ahmad Bin Hanbal:

"Hidup ini adalah keyakinan & perjuangan dan perjuangan mukmin yang sejati takkan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga".

-Salam Imtihan-
credit to: Najwa (kwn Hanun)

Sahabat,aku rindukan kamu! =')

Ya ALLAH, aku rindu mujahidahku ini..
Sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini setulus hati buat sahabat pada jalanMU..
Peliharalah ukhwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMU..
Bertemu kami dalam taqdirMU,
Berpisah kami dengan izinMU,
Moga bertemu di Jannah FirdausMU!
^_^


credit to: fadzlina dan kak syakirah hani

Mutiara buat sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH~


credit to: Siti Nurliana

Kawan yang soleh

Kawan yang baik adalah apabila kamu melihat wajahnya teringat ALLAH,
apabila mendengar percakapannya menambahkan kefahaman AGAMA dan
apabila melihat gerak gerinya teringat MATI
*ukhwahfillah


credit to: Najwa (kawan Hanun)

Hikmah daripada tarbiyah

Ku minta pada ALLAH setangkai bunga yang segar, IA beri kaktus berduri.
Ku minta kupu-kupu, IA beri ulat berbulu.
Aku sedih & kecewa.

Namun kemudian kaktus berduri itu berbunga indah dan
ulat itu pula menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan ALLAH,
permulaan penuh dengan kepahitan
berakhir dengan kemanisan,
ALLAH tidak beri apa yang kita harapkan,
tetapi IA beri apa yang kita perlukan.
Hakikatnya ia sedang mengatur yang lebih baik untuk kita.
Yakinlah pada kalam ALLAH.
Sabarlah.
Teguhlah.

Ruhiyah,
akademik,
komitmen,
ukhwah.

Study is 1st but dakwah is not 2nd.
Berusahalah kemudian berserahlah pada ALLAH.
Dia ciptakan kita maka Dia lebih tahu tentang kita daripada diri kita sendiri.
Ujian itu tarbiyah agar kita lebih kuat.. =)
-Khusus buat Pencinta ALLAH-


credit to: Saidah Husna dan Khairol Najwa Hanani

Salam ukhwah

Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tidak diundang, menduga bermacam ragam, memberi apa yang tak dirancang, membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir memberi kita erti perkenalan, menyulam erti kasih dan sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, merasai erti kegembiraan, mengenali sebuah ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban, memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan.. salam persahabatan.

credit to: sobiroh

He always be there

Allahu Rabbi. Biar apa pun ujianMU yang sedang mendatangi kami dan bakal menyapa kami. Tetaplah Kau di sana, agar nanti saat kami mengharapkanMU, Engkau masih di sana.. Agar nanti saat kami berpaling dan kembali ke mari, Engkau masih setia menyambut kami. Usah diminta diringankan ujian, tetapi mintalah diberatkan iman kerana setiap sesuatu pasti diberikan pada yang selayaknya.

Salam perjuangan ^_^ ayuh sama-sama kita bermunajat bercinta dengan ALLAH.


credit to: kak Syakirah Hani

For you ^^

Dear ALLAH, touch the people I care for, keep them safe, remind them of Your great love & bless them, especially the one who's reading this, because she/he is someone I care.
(~^_^~)


credit to: sakinah adami

Peperiksaan..

Ya ALLAH, sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara
& sekiranya kejayaanku membuat aku jauh dari Islam dan perjuangan, maka KAU lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku.
Kerana aku mengImani, tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya. Ameen.


bit Taufiq wan Najah aidhon.
credit to: kak syakirah

Niat belajar

Ya ALLAH, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tetapi hanya keranaMU.
Belajar ini bukan untuk diri semata, bahkan untuk seluruh umat RasulMU.
Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMU.
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMU.
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMU..
Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMUlah kami akan kembali.


bittaufiq wannajah (",)
credit to: angah aisyah

Mahabbah fillah

'Bisikku pada Tuhan Yang Esa..
Lindungilah sahabatku ini..
Di setiap langkahnya,
Di setiap hela nafasnya,
Di setiap kelip matanya,
Di setiap degup jantungnya..

Banyak yang ingin ku pohon & ku harapkan untuk dia
tetapi jika satu sahaja yang dimakbulkan olehMU..'

.."Lindungi IMAN di HATInya kerana dengan IMAN yang ada,
sahabatku pasti SELAMAT di dunia & akhiratnya"..


Salam sayang untuk antunna (n_n)
credit to: Fadzlina Aziz